Kesedaran Advokasi: Maklumat Palsu

27 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

PIM Sibuti telah mengadakan kelas kesedaran advokasi yang bertajuk bahayanya penyebaran maklumat palsu di internet. Matlamat utama kelas ini diadakan adalah untuk mendidik golongan muda tentang kepentingan kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan. Tambahan pula, baru-baru ini banyak kes penularan berita palsu khasnya di media sosial berkenaan dengan penyakit Covid – 19. Covid - 19 adalah satu virus yang bermula di Wuhan, China dan telah merebak hampir keserata dunia. Oleh yang demikian, adalah penting untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu agar orang ramai tidak berasa panik.

Seramai 3 orang kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai kelas berkenaan. Kelas tersebut telah berlangsung selama 1 jam yang merangkumi 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10.30 pagi manakala sesi petang bermula 3 petang sehingga 3.30 petang. Kelas berkenaan diadakan di bilik latihan PIM Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali